CUTI MALAYSIA GRAND LEXIS, PORT DICKSON

 Assalamuaikum semua...moga semua sihat2 aje dan dipermudahkan segala urusan. 

Isu pandemik COVID-19 masih berleluasa di seluruh dunia, akibatnye kerajaan juga mengambil langkah mengawal kemasukan mahupun yang keluar dari negara ni. Maka, tak de la cuti-cuti oversea. Rakyat semua disarankan support pelancongan Malaysia. Kita cuti-cuti dalam Malaysia pun alhamdulillah bestt jugak.

Post PKP (perintah kawalan pergerakan) banyak promosi yang diberikan oleh hotel-hotel di Malaysia. JUN 2020 PKPPditeruskan , rakyat dibenarkan bergerak sana sini tetapi masih perlu mengamalkan 3W iaitu Wash Hand, Wear Mask & Warn (jaga jarak sosial 1 meter). Standard prosedur harus dipatuhi.

Bila dah berbulan berkurung mereput kat rumah aje, maka tempat terdekat yang kami pergi adalah GRAND LEXIS,PORT DICKSON. Sempena promosi bagi Frontliners, dapat lah kami merasa tidur di hotel tu..hehehe.Harga sangat berbaloi-baloi. 70% diskaun diberikan.

Cik ewa nak share gambar-gambar sewaktu kami ke sana.Anak-anak sangat gembira dengan pengalaman swimming pool dalam bilik hotel,,ape yang tak syioknye..bila tengok je, anak-anak dah tak sabar nak terjun😄

sebelum check in, kami sempat singgah makan tengahri di Nasi Arab Damsyik kat Senawang.

Harga berpatutan..sesuai untuk sekeluarga.

Kuantiti yang banyak dan Rase pun sedapp.. recommended 👍

haaa,,, ni budak tak sabar-sabar geram tengok air tuu..

diorang dah intaiii...




bantal dan tuala DAG pasti sentiasa dibawa bersama..







bila ke PORT DICKSON,jangan lupa singgah di King Char Kue Tiaw . Sedappp

Alhamdulillah atas segala rezeki.

Anak -anak happy, mak ayah lagi happy..😍

Pasti ada hikmah disebalik kejadian kerna semua yang terjadi hanya dengan izin ILAHI 💕



LOVE,
SyaEwaa 💓

0 Comments