Waktu tidur bagi dewasa sebaiknya adalah 6 jam. Seeloknya tidur lebih kurang jam 10 malam dan bangun di awal pagi bagi membolehkan kita melakukan ibadah (bagi yang beragama islam).
Macam mana nak dapatkan tidur yang berkualiti bagi 6 jam tersebut?
Antara TIPS yang boleh diamalkan:
#1 KONSISTEN WAKTU TIDUR
Amalkan waktu tidur yang tetap, contohnya jam 10 malam dan bangun 4 pagi.
#2 JAGA PEMAKANAN
Elakkan makan terlalu lewat dan hampir waktu tidur anda. Perut yang terlalu kenyang atau terlalu lapar juga akan mengganggu kualiti tidur anda, Selain itu, elakkan minum minuman yang berkafein bagi mengelakkan anda menjadi tidak mengantuk.
#3 RITUAL WAKTU TIDUR
Cuba cipta kebiasaan bila nak tidur seperti gosok gigi, cuci muka, ambil wuduk dan boleh membaca atau mengaji Al Quran sekejap sementara mendapat mood untuk tidur.
#4 ALATAN ELEKTRONIK
Elakkan bermain peralatan yang boleh melekakan anda antaranya elakkan penggunaan telefon bimbit samada untuk menggunakan media sosial mahupun bermain 'game'.
#5 KESELESAAN
Mood untuk tidur boleh dicipta dengan mood bilik tidur yang nyaman dan selesa. Boleh cuba letakkan pewangi lavender bagi mencipta suasana tenang. Selain itu, BANTAL yang selesa juga amat penting bagi membantu tidur yang berkualiti supaya anda tidak terganggu dengan masalah sakit leher mahupun berdengkur.
Antara BANTAL yang menjadi pilihan ramai adalah bantal jenis HCLASSIC. Bantal ni "JUST NICE, TAK TERLALU RENDAH ATAU TERLALU TINGGI"
dan pastinya HARGA MAMPU MILIK!!!
0 Comments