HUJAN DAN PELANGI 2020

Assalamualaikum,,,

rasenye baru je excited menyambut tahun baru 2020.. pejam celik nampaknye dah masuk bulan JUN 2020. Ya ALLAH,, terlalu cepat dan pantas masa berlalu. Blog ni pun dah bersawang, agak lama tak update.

Masih teringat semua orang excited menanti 2020.. dari kecil di sebut-sebut "WAWASAN 2020". Macam-macam impian di tahun ni, kononnye ada kereta terbang lah.. tapi kiter hanya merancang, perancangan ALLAH s.w.t melebihi segalanye.

Tanpa siapa sangka, satu dunia di serang wabak. Awalnye dikenali sebagai virus corona, selepas tu lebih dikenali sebagai COVID-19. Virus yang bermula dari negara China dan tersebar ke seluruh negara. Pelbagai bidang terjejas dengan virus ni. Banyak kekangan yang berlaku apabila negara mengisytiharkan PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN, bermula dari 18 Mac 2020 sehingga bersambung Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.

Apa pun yang terjadi, 'life must go on'..masing-masing perlu positifkan diri. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnye kerna apa yang berlaku semuanya dengan izin dari ALLAH s.w.t.

Kami  bersyukur sangat-sangat, walaupun negara dilanda wabak covid-19 dan arahan PKP perlu di patuhi dengan #stayhome #staysafe , masih ramai yang mencari produk DAG (Das Abdul Global). Disebalik Allah berikan ujian, DIA juga sertakan rezeki buat kami.

Rakyat Malaysia yang berada kat rumah di musim PKP masih dan sentiasa mencari bantal, tuala dan set comforter dari DAG. Ye la kan, nak kena 'stay at home' mesti nak bantal yang selesa,nak pi hotel pun tak boleh. Jadi boleh ubah bilik dan rumah sendiri amik mood ala hotel gituu.

Salah satu hikmah di sebalik kejadian ni, rakyat Malaysia lebih mengambil berat tentang kebersihan. Mungkin disebabkan ini juga salah satu punca mereka nak tukar bantal baru..
kebiasannya, kita terlalu sibuk dengan rutin harian masing-masing. Jadi sewaktu PKP ni lah kebanyakan dari mereka mengambil peluang mengemas rumah dan buang bantal lama yang dah berkulat, busuk, penyek tu..

Walaupun berurusniaga di musim PKP, amalan yang sepatutnye dilakukan sebagai norma baru tetap dititik beratkan. Jaga jarak , pemakaian pelitup muka dan 'hand sanitizer' tidak dilupakan.

Alhamdulillah syukur atas segala rezeki yang dikurniakan dan jutaan terima kasih kepada pelanggan yang sudi berusan dengan kami.

Stay Safe 💕












Terima Kasih buat semua😊

0 Comments