GALA DINNER DAG 2019 : Part 1


Assalamualaikum, salam jumaat.. hari yang mulia, hari penuh barokah.

Selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w "Allahummasolli ala saidina muhammad, wa ala ali saidina muhammad"
Sempena hari mulia, bacaan Surah Yasin serta surah Al-Kahfi jangan dilupa. Banyak kelebihan dari surah-surah ini sekiranya di baca terutama pada hari jumaat. Perbanyakkan doa, moga termakbul segala doa.. inshaAllah.

Petang- petang jumaat ni biase memang ramai yang suka, sebab esok dah sabtu,,cuutii. Bila hari cuti, boleh la bergolek-golek lebih sket bersama keluarga ye..hehehe

Sesambil melayan nak plan aktiviti hujung minggu ni, teringat pulak aktiviti bulan lepas. Majlis glam dinner giteww, GALA DINNER DAG 2019 dengan tema LILAC GREY. Bukan main meriah uols..semua cantik gojes, smart semuanye. Macam tak sangka betul, jual bantal je padahalnye tapi ada dinner bagai. Yang lebih syiokk tu, ada retis lagi.

Pengacara majlis makan malam DAG merupakan penyanyi tersohor tanah air, katanya penyanyi terbesar di Malaysia ni, tauu tak sape??
nahh..cikEwaa blanje gambar sket..hehehe




Kak Dibah memang POWERR!!!!

Selain tu jugak, ada  jemputan istimewa geng dikir barat POK YA CONG CODEII, Sabri Yunus. Aduhh,,jijok angin molek la ore kelate kato.



  

Yang paling syiokk pada malam tu.. siap ada cabutan bertuah uols.. macam- macam adaa. Paling hebat, cabutan bertuah paling GRAND ialah sebuah FORD RANGER kaler oren. Yeehaaa.. ni la pemenangnye . Tuah ayam nampak di kaki, tuah reseller DAG bawak balik ford ranger. Hehee




 Uols nak tengok lagi ke gambar Gala Dinner DAG yang glam ni??
InshaAllah nanti cik Ewaa sambung lagi yee..
Tataa duluu..

Lots of ❤️
Syaewa
BantalHotelDAGShahAlam



0 Comments